| |
Visi GFI
Menjadi peneraju dalam sektor pemasaran penjualan langsung serantau dan juga global dengan memiliki produk yang unggul dan berkualiti , modul bisnes yang dinamik, pe rt ambahan keahlian dan perkembangan rangkaian yang konsisten, serta me mberi kepulangan yang berpanjangan untuk ahli-ahli serta organisasi.
Misi GFI
GFI beroperasi dengan falsafah-falsafah korporat yang menjadi asas bagi kejayaan kami dalam jangka panjang.
- Rakan-rakan dan Para Pengguna Diutamakan
Dalam industri ini, semua ahli, klien, rakan dan pemegang saham adalah keutamaan kami. Oleh itu, adalah komitmen kami untuk memberikan satu keadaan pekerjaan yang ramah dan bermanfaat, serta mewujudkan satu hubungan yang berfaedah bagi semua pihak.
- Dedikasi untuk Mencari Keuntungan
GFI sentiasa mencari peluang-peluang baru untuk menghasilkan keuntungan demi komitmen kami untuk memenuhi impian dan memberi kebebasan kewangan bagi ahli-ahli. Ini termasuk penghasilan produk-produk baru yang mempunyai nilai komersial, dan mencari peluang-peluang bisnes baru yang membawa keuntungan yang lumayan. Dengan ini, ahli-ahli mempunyai berbagai saluran yang berlainan untuk mencari kepulangan yang diidamkan.
- Pencapaian Keadaan Kehidupan Yang Sempurna
GFI bukan hanya sekadar bisnes sahaja, tetapi juga memberikan gaya hidup yang sempurna dengan menggabungkan semua elemen yang sesuai. GFI sentiasa menggalakkan kehidupan yang mempunyai keseimbangan antara kesihatan, kemewahan dan elemen-elemen lain yang penting. Kami memastikan bahawa ahli-ahli kami bukan sekadar memperolehi kemewahan kebendaan sahaja, tetapi juga dari segi kesihatan fizikal dan kepuasan diri.
- Beroperasi dengan Integriti
Kepercayaan dan keyakinan adalah elemen-elemen yang wajib dalam setiap bisnes yang berjaya. Oleh itu, GFI beroperasi secara integriti dan bertanggungjawab untuk memastikan jaminan bisnes yang berpanjangan. Kami memastikan ciri-ciri ini diamalkan dalam semua aspek bisnes dan mengekalkan imej kami sebagai salah satu yang terunggul dalam sektor ini di Asia.
- Keprihatinan terhadap Komuniti
GFI sentiasa prihatin terhadap komitmen kami untuk mereka yang kurang bernasib baik dan juga untuk komuniti secara keseluruhan. Ini bermakna kami sentiasa menjaga dan membalas balik kepada masyarakat dan persekitaran di dalam mana kami beroperasi. Kehadiran GFI membantu mengurangkan jurang antara lapisan masyarakat yang berlainan dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi global.
|
|
 |
|