Di dalam bisnes ini, GFI sedar bahawa satu jenama bereputasi berkait secara langsung dengan mereka yang berusaha di bawah jenama ini. Senarai Nilai-nilai dan Amalan GFI ialah satu panduan untuk semua individu yang berkaitan dengan GFI supaya terus dihormati oleh klien, pemegang saham dan industri ini secara keseluruhan.

  • Mengejar Kecemerlangan
    Melakukan tanggungjawab kami sebaik mungkin supaya mendapat keputusan maksimum yang akan memanfaatkan syarikat
  • Mempamerkan Profesionalisme
    Mengendalikan aktiviti-aktiviti bisnes secara profesional dan berdedikasi tidak mengambil kira saiz bisnes, latar belakang prospek atau faktor-faktor luar lain
  • Kerja dengan Integriti
    Sentiasa membawa diri kami sendiri secara jujur dan benar, berpegang teguh kepada janji-janji yang dibuat dan langsung tidak menggunakan taktik-taktik kotor
  • Servis yang Tiada Tandingan
    Memastikan klien-klien mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan mengutamakan ekspektasi mereka dan sentiasa memberi servis dengan senyuman
  • Peningkatan Diri yang Berterusan
    Sentiasa melakukan latihan diri dan meningkatkan diri dengan perkembangan terbaru supaya sentiasa berada di depan di dalam industri ini