Bayangkan satu platform perniagaan yang bukan sahaja berdedikasi untuk membawa kemewahan dan merealisasikan impian, tetapi juga berkomited untuk mencapai gaya hidup sempurna yang mempunyai keseimbangan dari segi kesihatan dan lain-lain elemen hidup yang penting.
Beroperasi melalui konsep kehidupan sempurna ini, Program Perniagaan GFI adalah platform yang 100% sah dan berlesen penuh bagi semua usahawan beraspirasi untuk mencapai kejayaan sebenar. Dengan industri jualan langsung bernilai multi-bilion dolar ini, GFI menawarkan satu peluang eksklusif untuk sesiapa sahaja yang memiliki keazaman untuk menikmati bukan sekadar kepulangan yang tinggi, tetapi juga produk-produk teruji yang terbukti untuk meningkatkan taraf kesihatan dan menggalakkan kesempurnaan keadaan tubuh badan.
Sesuai untuk mereka yang berpengalaman dalam jualan langsung dan juga untuk mereka yang tidak , program GFI yang unik menggunakan pendekatan Balik-ke-Asas yang menjadikan kami salah satu daripada perniagaan mula-sendiri yang paling mudah untuk dipraktiskan. Formula yang kompleks dan produk-produk yang hampir sama - satu amalan biasa dalam pemasaran berangkaian - diganti dengan skim ganjaran yang ringkas dan produk-produk yang dipilih dengan teliti. Program ini begitu mudah, sesiapa sahaja boleh mendapat faedah dari program kami dalam sekelip mata .
Selain itu, GFI adalah satu perniagaan dengan bebanan kewangan yang minimal. Demi perjuangan dan aspirasi kami untuk mengubah kehidupan masyarakat, GFI memberi sokongan secara efektif dengan pelan permulaan serta rangkaian pengedaran yang mudah dan murah . Ini bermakna ahli-ahli akan menukar jualan ke keuntungan dengan cepat dan mudah, malah ada yang boleh memperolehi kepulangan mencapai 5 digit dalam beberapa bulan sahaja.
GFI bukan hanyalah satu program perniagaan sahaja. Ianya adalah satu komuniti yang terdiri daripada para usahawan yang berhubungan rapat dan berusaha bersama-sama untuk mencapai satu impian - untuk meninggalkan kehidupan yang sibuk dan penuh dengan tekanan dan memperolehi hidup yang bebas , sihat dan mewah . Sejak penubuhan GFI, kami telahpun berjaya mengubah kehidupan dan memenuhi impian beribu-ribu ahli . Kini, makin ramai yang telah menyertai revolusi ini dan tidak lama lagi mereka akan berjaya mengikut i jejak perintis-perintis GFI ini. |