Sama seperti kebanyakan perniagaan jualan langsung, prinsip asas GFI dalam penghasilan keuntungan adalah melalui:

  • Jualan produk-produk oleh individu
  • Komisen dari ahli-ahli sekumpulan, masing-masing terlibat dalam jualan produk-produk

Demi membantu ahli-ahli untuk berjaya dalam kedua-dua cara ini, GFI mengamalkan modul perniagaan yang dinamik dengan ganjaran lumayan supaya ahli-ahli mendapat kepulangan yang setimpal dengan usaha yang diberikan dan seterusnya mendekatkan mereka kepada matlamat masing-masing dalam masa yang singkat.

Ciri-ciri utama dalam skim ganjaran kami termasuk:

  • Bonus Jualan
    Komisen lumayan bagi semua produk GFI yang dijual oleh individu masing-masing
  • Bonus Prestasi Jualan
    Komisen dari jualan oleh ahli-ahli dibawah individu
  • Bonus Jualan Berkumpulan
    Ganjaran berasaskan prestasi jualan berkala oleh seluruh pasukan
  • Bonus Pembangunan Kumpulan
    Ganjaran bernilai tetap yang dibayar kepada pemimpin-pemimpin untuk setiap ahli di dalam satu pasukan
  • Bonus Kepimpinan
    Ganjaran yang ditaksir dari jumlah keuntungan dalam GFI kepada mereka yang berprestasi tinggi

Sistem ganjaran berganda GFI membolehkan ahli-ahli kami untuk mendapat bukan sekadar 1 atau 2 , tetapi 5 kali ganda keuntungan dari usaha mereka. Untuk maklumat lanjut tentang aras-aras dan mekanik bagi program kami, ahli-ahli boleh membuat permintaan untuk mengadakan orientasi komprehensif dari mana-mana ketua pasukan GFI, pejabat-pejabat GFI yang terdekat, atau dari ibu pejabat di Malaysia.