| |
GFI adalah satu bisnes dinamik yang men yedia kan banyak peluang keemasan - satu program pemasaran penjualan langsung yang direkabentuk khas untuk memberi inspirasi kejayaan bagi para usahawan. Tanpa mengira pengalaman, latarbelakang atau sumber-sumber, ia adalah satu platform bagi semua untuk melangkah masuk ke dalam satu pengalaman baru yang akan me mberi kebebasan kewangan dan juga pencapaian yang sentiasa diidamkan.
Kami percaya bahawa kemewahan patut dikongsi, bukan dimonopoli. Produk-produk terkini yang releven untuk pasaran digabungkan ke dalam modul bisnes pemasaran berangkaian yang terbukti keberkesanannya, dan seterusnya di bawa ke pasaran. Keputusannya adalah kewujudan satu peluang untuk memajukan diri yang ringkas, senang untuk dilaksanakan, dan yang paling penting, ianya sentiasa sedia untuk bertukar menjadi kejayaan untuk mereka yang berazam.
GFI adalah lebih dari hanya satu program untuk mencari kemewahan. Kami berkeinginan kuat untuk mengubah hidup masyarakat, dan ini kelihatan di dalam setiap aspek operasi kami - dari nilai-nilai yang disemai dalam ahli-ahli, hingga ke produk-produk berkualiti kami yang berasaskan kepentingan kesihatan. Paling penting sekali, kami adalah tumpuan bagi individu-individu yang mempunyai minda yang sehaluan. Sesiapa sahaja yang berani untuk merealisasikan impian mereka boleh bergabung tangan dan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kebolehan masing-masing untuk me ngalami perkembangan dan mengecapi kejayaan bersama-sama.
Sejak kemunculan kami, GFI telah berjaya menarik penyertaan berpuluh-puluh ribu orang dari negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan China, menjadikan kami salah satu daripada jenama pemasaran berangkaian yang berkembang dengan paling pesat dan terkenal di Asia. Kini, ahli-ahli kami terus ber ganda dengan cepat, dan kami terus ber juang untuk membawa perubahan kepada hidup masyarakat bukan sekadar di Asia sahaja, tetapi di seluruh dunia. |
|
 |
|