GFI ditubuh dan diuruskan oleh Guan Fang International Marketing (M) Sdn Bhd ("Guan Fang International"), satu syarikat pemasaran berangkaian berlesen penuh yang berasal dari Malaysia yang ditubuhkan oleh para profesional yang berpengalaman luas dalam sektor ini dan juga mempunyai keinginan sebenar untuk mengubah kehidupan komuniti.

Dengan lokasi strategik di Shah Alam Technology Park of Malaysia, Guan Fang International menyelia semua operasi GFI di Asia melalui ibu pejabat di Malaysia serta dari cawangan-cawangan pejabat di negara-negara lain. Keadaan geografi ini menghubungkan rangkaian GFI dengan berkesan, membenarkan ahli-ahli untuk berkomunikasi dan menjalankan bisnes dengan cepat tanpa sebarang kesulitan.

Keupayaan pemasaran Guan Fang International dilengkapi dengan sokongan kewangan dari Envair Holding Berhad ("Envair"), satu syarikat awam tersenarai yang bereputasi. Envair yang pakar dalam bidang teknologi dengan kemudahan-kemudahan yang terkini, me mberikan satu platform dan sokongan kepada GFI untuk mengawal operasi bekalan produk, khususnya dalam penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan produk-produk terkini dan berkualiti.

Dengan sokongan dinamik dari Envair, GFI merupakan salah satu daripada sebilangan kecil jenama pemasaran berangkaian di rantau ini yang mampu menghasilkan produk sendiri. Ini bermakna pengawalan kos yang lebih berkesan, pengurusan distribusi yang lebih baik dan kepulangan yang lebih tinggi untuk ahli-ahli kami.

Kini, Guan Fang International dan Envair terus berganding tangan untuk membawa jenama GFI ke aras yang lebih tinggi lagi. Gabungan yang terdiri dari aspek-aspek pemasaran dan produktiviti ini telah menjadi t eras kepada pelan perkembangan GFI, dan membuka laluan yang kukuh bagi GFI dalam pencarian peluang-peluang bisnes baru di arena-arena tempatan dan antarabangsa.