Sebagai Ahli:
Program GFI adalah terbuka untuk semua warganegara berumur 18 ke atas yang bermastautin di tempat yang mempunyai kehadiran GFI. Proses permohonan yang umum adalah seperti berikut:

  • Menghadiri orientasi yang diadakan oleh cawangan-cawangan atau ahli-ahli GFI untuk memastikan anda adalah selesa dengan pendekatan bisnes ini dan juga produk-produk GFI.
  • Dapatkan borang permohonan dari pejabat GFI, ketua kumpulan anda atau kakitangan/ejen yang dibenarkan atau muat-turun secara online di Sini.
  • Pastikan anda memahami semua terma dan syarat bagi program GFI ini. Untuk bantuan, sila membuat permintaan kepada ketua kumpulan anda atau kakitangan/ ejen yang dibenarkan untuk memberi keterangan lebih lanjut.
  • Isikan borang permohonan dan tandatangan.
  • Serahkan borang permohonan, wang pembayaran, dan semua dokumen sokongan kepada ketua kumpulan yang mengendalikan permohonan anda.
  • Pengesahan akan dibuat yang akan mengambil masa beberapa hari.
  • Selepas pengesahan penyertaan, anda boleh mula dengan penjualan produk-produk GFI dan juga pembinaan rangkaian anda.

Semua kakitangan dan ketua kumpulan adalah mahir dan berpengetahuan tentang pendekatan bisnes kami, polisi-polisi, terma dan syarat, serta tingkat-tingkat berlainan dalam struktur keahlian. Untuk memahami program dan proses permohonan yang lebih teliti, sila hubungi ketua kumpulan GFI atau cawangan GFI yang terdekat.

Sebagai Pengedar Serantau / Cawangan-Cawangan Yang Dibenarkan

Selaras dengan pelan perluasan kami, GFI mengalu-alukan semua para usahawan dan syarikat untuk menyertai kami dalam pembukaan cawangan-cawangan di pasaran yang masih belum diterokai di Asia . Mereka yang berminat adalah digalakkan untuk menghubungi ibu pejabat kami di Malaysia untuk menerokai kemungkinan bagi gabungan bisnes dengan GFI.