Kata Pendahuluan oleh Dato' Dr. The Chee Teong
Pengarah Urusan, Envair Holding.

Rakan-rakan yang dihormati,

Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mengubah aspirasi ke realiti? Anda tidak keseorangan.

Hari demi hari, jutaan pekerja profesional bekerja keras dengan harapan untuk mencapai cita-cita mereka suatu hari nanti. Tetapi, ekspektasi kerap menghadapi kegagalan disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan aspek-aspek lain, menyebabkan jurang diantara golongan elit dan golongan lain semakin besar. Bagi kebanyakan orang, keinginan untuk memperolehi kehidupan yang mewah dan selesa kini bertukar menjadi perjuangan untuk menjalani kehidupan yang normal.

Selamat datang ke GFI - satu program bisnes yang diwujudkan dengan kepercayaan bahawa gaya hidup yang sempurna tidak seharusnya dikecapi oleh mereka yang istimewa, tetapi juga bagi mereka yang mempunyai keazaman dan kesabaran untuk mengubah cara hidup mereka menjadi lebih baik.

Dengan operasi yang terbukti berkesan, iaitu pemasaran jualan langsung - satu industri bernilai multi-bilion dolar yang telah melahirkan jumlah jutawan menjangkaui jumlah dari kombinasi sektor-sektor lain - GFI, dengan prinsip produk dan individu yang berkualiti, akan menawarkan banyak peluang keemasan bagi individu-individu yang mempunyai minda yang sehaluan.

Visi muktamad kami: Peluang bagi semua untuk mencapai taraf hidup yang diidamkan dengan usaha yang dicurahkan.

Dengan pendekatan bisnes yang mudah dan fleksibel ini, GFI percaya bahawa mereka yang berazam, tanpa menghiraukan sumber atau komitmen masa yang diberikan, akan mendapat kepulangan yang berpatutan dari kami. Ini terbukti kerana berpuluh-puluh ribu orang telahpun merasai kejayaan; dan setiap individu ini ialah bukti sejauh mana potensi boleh dipenuhi dengan progam GFI.

Hingga masa ini, r evolusi bisnes kami telah memanfaatkan ramai ahli dalam berbagai cara. Ramai yang telah menjumpai cara untuk mendapat kepulangan yang tinggi sewajar dengan usaha yang dicurahkan, manakala sebilangan besar juga yang dapat menikmati kehidupan yang seimbang dan selesa dengan bekerja dari rumah. Sebab-sebab inilah yang mendorong lebih 10000 orang dari 6 negara untuk berkhidmat untuk GFI, menjadikan kami salah satu daripada jenama penjualan langsung yang terkenal dikenali ramai, dan yang berkembang dengan paling pesat di seluruh Asia.

I Sekiranya anda i ngin tahu mengetahui apakah rasanya untuk menikmati kehidupan yang anda idamkan, kami di GFI ingin mencabar anda untuk menyahut cabaran ini dan sertai revolusi kami.

Bersama dengan individu-individu yang mempunyai impian seperti anda, anda juga akan mendapati betapa mudahnya untuk memiliki kehidupan yang mewah sihat dan menikmati kejayaan yang dicapai mulai hari ini.

Salam mesra,

  Dato' Dr. Teh Chee Teong
Pengarah Urusan, Envair Holding